<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Tuesday, March 08, 2005
SAYA MESTI MEYAKINI BAHAWA BERAMAL UNTUK ISLAM ITU ADALAH WAJIB 
Beramal untuk Islam?
Wujudkan peribadi muslim dengan akidah dan akhlak Islam
Wujudkan masyarakat yang iltizam dgn fikrah dan cara hidup Islam
Wujudkan kerajaan yang melaksanakan syariat dan perlembagaan Islam
Memberi petunjuk dan menegakkan keadilan dan kebenaran di dunia

-menegakkan hukum Allah
-menyelamatkan manusia dari azab akhirat dan kebinasaan di dunia

Tujuan mutlak- ALLAH. Untuk mendapat redha-Nya dan memperolehi syurga yang luasnya seluas langit dan bumi

‘Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah’
- Ali`Iman:110 -

‘Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada ummat
manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka…’
- An-Nahl:44 -
Hukum dakwah?

Fardhu kifayah – jika di dalam sesebuah negara itu ada segolongan manusia yang CUKUP, melaksanakan kerja dakwah dengan BERKESAN, maka gugur kewajiban bagi segolongan yang lainnya-sunnah muakkad dan amal solih

‘Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung’ -Ali-Imran:104-

Wajib – apabila tidak ada yang melaksanakan dakwah secara sempurna, maka setiap manusia wajib melaksanakan dakwah menurut kemampuannya

Menurut Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya menganut Islam- kerja dakwah adalah Wajib!

Dakwah adalah tanggungjawab semua muslim-bukan kerja sukarela!

Berdasarkan 4 perspektif;
Wajib dari sudut prinsip
‘Hai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan risalah-Nya.’

-Al-Maaidah: 67-
- ikut sunnah Rasulullah

‘Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah’
-Al-Ahzab:21-
Kita tidak mahu hidup kita dilaknati Allah

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam al-kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknakti (pula) oleh semua makhluk yang dapat melaknati
-Al-Baqarah : 159-

Wajib dari sudut hukumnya

Ø Menjalankan semua hukum Islam dalam semua aspek kehidupan- dapat direalisasikan dengan tertegaknya sebuah kerajaan Islam.

‘…marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu’
-An-Nisaa’: 61-

`Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim’
-Al-Maidah :45-

Kesimpulan-
-menjalankan hukum Allah adalah WAJIB
-hukum Allah dapat dilaksanakan dalam masyarakat (negara) Islam
-bagaimana untuk mewujudkan masyarakat Islam?
-dengan DAKWAH!
-maka dakwah itu menjadi wajib

kaedah syarak :-
Apabila kesempurnaan sesuatu yang wajib terhenti kepada wujudnya suatu perkara lain, maka perkara tersebut adalah wajib

Wajib dari sudut dharurat

Keadaan dharurat?
- kemaraan faham kebendaan
- faham tidak bertuhan
- usaha-usaha kuffar yang mengancam Islam
‘Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir seperti mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama…’
-An-Nisa’ ;89-

‘Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah’
-Al-Anfal: 39-
‘Apabila kamu melihat ummatku merasa takut kepada orang yang zalim untuk mengatakan kepadanya “Hai orang yang zalim!”, maka bererti ummat itu telah memberi ucapan selamat (bersetuju) (HR Ahmad)

Wajib secara individu dan jamaah

Bekerja dan beramal untuk Islam-taklif syarie- tanggungjawab individu
Buat- dapat pahala
Tak buat-balasan seksa

‘Tiap diri bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya’
-Al-Muddatsir :38-
‘Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain
-Al-An’aam:164-
Ø Setiap individu dalam masyarakat ada peranan masing-masing dalam melahirkan sebuah masyarakat Islam
Ø Berkorban dan beramal dengan batas kemampuan
Ø Tuntutan tertakluk kepada manusia yang baligh, berakal dan berkuasa

Kewajipan berjemaah?
Ø Kerja amal Islamiy- satu tugas dan tanggungjawab yang berat
-menghapuskan jahiliyah dan menggantikan dengan Islam
-tidak akan mampu terpikul amanah ini secara berSEORANGan
-maka, wajib BERJEMAAH!

Ø Menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW
-membentuk jemaah (kumpulan awal memeluk Islam)

Ø Amal Islamiy penuh dengan ranjau dan duri
‘Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan berkata: kami telah beriman. Padahal mereka belum diuji dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka supaya kami mengetahui orang-orang yang benar atau orang-orang yang bohong’
-Al-Ankabut:2&3-
‘Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian(bala). Dan sesungguhnya Allah jika cinta kepada satu kaum, mereka diuji. Barang siapa yang redha menerima ujian, maka baginya keredhaan Allah dan siapa yang murka, maka baginya kmurkaan Allah’ (HR Tirmidzi)
Ø Konsep berjemaah
-tolong menolong

‘Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan takwa dan janganlah kamu menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran’
-Al-Maidah:2-
-berperancangan- TANZIM HARAKIY!

5. Jihad yang dilakukan adalah untuk diri sendiri
Ø Kita yang perlu kepada Islam
Ø Tindakan kita ini sebagai membersihkan diri dan jiwa dan menunaikan hak-hak Allah. Kita buat, kita yang untung. Tak buat-rugi!
‘Sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) daripada alam semesta’
-Al-Ankabut:6-
Ø Nilai dan harga diri dengan Islam
Ø ‘Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang zalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya’
-Al-Anfal- :25-


Ø ‘Demi Allah, jika Allah memberi petunjuk kepada satu orang melalui kamu itu lebih baik bagimu daripada unta merah’
(HR Muttafaqun ‘Alaih)

Ø Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi hingga semut yang ada di dalam lubangnya dan ikan-ikan yang ada di laut, (semuanya) berselawat atas orang yang mengerjakan kebaikan pada manusia’
(HR Tirmidzi)

Kesimpulan
Berdasarkan keempat-empat prinsip yang dikemukakan itu, maka jelaslah bahawa bekerja untuk Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas pundak setiap orang muslim dan sesungguhnya orang Islam tidak ada pilihan melainkan membuat amal islamiy ini untuk mendapatkan redha dan syurga Allah…InsyaAllah..
Rujukan :
Fathi Yakan: Apa Ertinya Saya Menganut Islam(2000): Pustaka Salam SDN.BHD
Jum’ah Amin Abdul Aziz: Fiqh Da’wah; Prinsip dan Kaidah Asasi Da’wah Islam(1997): Citra Islam Press
Mustafa Masyhur: Jalan Dakwah(1985): Pustaka Salam

-nurainakmal-
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 5:34 PM
Saturday, March 05, 2005
Surah Al Mukminun 1-11 
Surah Al Mukminun ayat 1 - 11
5 Mac 2005

Diturunkan di Mekah – 118 ayat

HURAIAN AYAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Aflaha : Mencapai kemenangan , menjadi makmur, berjaya, mencapai tujuan – tujuan mereka atau mencapai kesejahteraan dan keselamatan daripada kedukaan dan semua perkara jahat. Kemenangan atau kejayaan itu mungkin berlaku dlm dunia ini,tetapi ianya tentu dan mesti dating dan ianya kekal dlm alam yg akan dtg.

Sikap merendah diri dlm sembahyang dlm hubungan dengan
· Jangkaan mereka tentang kedudukan mereka sendiri di Sisi Hadrat Tuhan
· Dengan jangkaan mereka tentang kekuasaan-kekuasaan atau kekuatan mereka sendiri, melainkan mereka diberi pertolongan oleh Tuhan
· Dalam hubungan dengan doa-doa dan permintaan-permintaan yang mereka bentangkan kepada Tuhan

Orang mukmin hendaklah berpaling dari hal yg tidak berguna untuk mereka. mereka sepatutnya memberikan perhatian kepada amalan salih sambil berakhlak dengan akhlak para nabi serta orang yang benar imannya

Setiap orang yang bertujuan untuk membersih dan menyucikan dirinya hendaklah menunaikan zakat yang diwajibkan untuk diberikan kepada orang fakir dan miskin, sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan )
Surah al Syams 91 :9

Setiap muslim hendaklah menjaga dirinya daripada melakukan amalan persetubuhan di luar kawalan antara lelaki dan wanita ataupun penyalahgunaan amalan itu

Tujuan disifatkan mereka dengan sifar\t ini adalah untuk memuji bahawa mereka benar-benar menyucikan diri dan menghindari syahwat.


Sesiapa yang mencari selain daripada empat wanita merdeka dan daripada anak gadis, berapa pun yang dia kehendaki, mereka itu merupakan orang yang sangat zalim dan melanggar ketentuan Allah s.w.t
Amanah mungkini bersofat nyata atau mungkin isyarat. Amanah yang nytaa seperti tugas ditentukan oleh seseorang kpd seseorang yang lain yang dipercayainya. Amanah bersifat isyarat lahir daripada kekuasaan, kedudukan ataupun peluang.

Kita diberitahu bagaimana pentingnya kebiasaan tetap memelihara sembahyang pada waktu-waktunya terhadap kesejahteraan dan kemajuan rohaniah kita sendiri, kerana ianya membawa kita semakin mendekat kepada Tuhan


Mereka yang salih akan mewarisi Syurga dlm erti kata mereka akan mencapainya selepas mereka mengalami maut disini

Orang mukmin yang memiliki sifat luhur patut menduduki tingkat teratas syurga, sebagai balasan kepada mereka kerana menghiasi diri dengan akhlak dan adab yang luhur.


KESIMPULAN

Kejayaan orang mukmin bergantung kepada ikatan mereka dengan sifat luhur tersebut yang sangat besar pengaruhnya terhadap kehidupan rohaniah dan kesempurnaan jiwanya.
Menurut sebuah riwayat daripada Umar ibn al Khattab r.a ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, pada wajah baginda terdengar bunyi bising seprti bunyi lebah. Pada suatu hari,wahyu diturunkan kepada baginda. Baginda berdiam diri sebentar,kemudian baginda kelihatan gembira lalu menghadap kiblat dan berdoa :

“Ya Allah, tambahkan kepada kami,jangan Engkau kurangi daripada kami; muliakanlah kami,jangan Engkau hinakan kami,jangan Engkau tahan pemberian itu daripada kami;utamakanlah kami,jangan Engkau sisihkan kami;dan jadikanlah kami redha serta redailah kami.” Kemudian baginda bersabda, “ Sesungguhnya sepuluh ayat telah diturunkan kepadaku yang menjelaskan bahawa sesiapa yang menegakkannya,nescaya akan masuk syurga.” Kemudian,baginda membaca ayat : Qad aflahal Mu’minun sehingga selesai sepuluh ayat tadi!”



Rujukan
1. Tafsir Al Maraghiy,Ahmad Mustafa Al Maraghiy Jilid 9
2. Al Qur’anu ‘L-Karim, Terjemahan dan huraian maksud,Maulana Abdullah Yusuf Ali, Jilid 3
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 11:15 AM
Sunday, February 20, 2005
HADIS 16 ( MARAH ) 
Indahnya Pahala Menahan Amarah

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)
Tingkat kekuatan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza. Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan
ma'nawiyah (keimananan) seseorang.
Pada dasarnya, tabiat manusia yang berbagai: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang,dan lapang dada.
Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang sedar. Kita merasa tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na'udzubillah .
Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi saw. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu."
Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu ngerumuninya dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian, Nabi saw. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?"
Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat."
Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah,kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena saya layan dengan baik, maka ia selamat."
Beberapa hari setelah itu, si Badwi mau diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.
Rasulullah saw memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sikapnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah saw. tidak berbuat demikian.
Beliau tetap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, baginda ingin menunjukkan pada kita bahwa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya daripada harta benda apa pun.
Adakalanya, Rasulullah saw. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah.
Rasulullah saw. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)
Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. Turmudzi)
Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri di kala mendapat ejekan, maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya maupun masyarakatnya.
Seorang hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil.
Dan, seorang pemimpin yang mudah tersalut nafsu marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Lalu ia akan sentiasa menimbulkan sikap permusuhan dalam masyarakatnya.
Begitu juga pasangan suami-isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Mereka tidak akan mampu melayarkan bahtera hidup. Karena, masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya.
Bagi orang yang imannya telah tumbuh dengan subur dalam dadanya. Maka, tumbuh pula sifat-sifat jiwa besarnya. Subur pula rasa kesedaran dan kemurahan hatinya.
Kesabarannya pun bertambah besar dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mudah memarahi seseorang yang bersalah dengan begitu saja, sekalipun telah menjadi haknya.
Orang yang demikian, akan mampu menguasai dirinya, menahan amarahnya, mengekang lidahnya dari pembicaraan yang tidak patut.
Wajib baginya,melatih diri dengan cara membersihkan dirinya dari penyakit-penyakit hati.Seperti, ujub dan takabur, riak, sum'ah, dusta, mengumpat dan lain sebagainya.
Dan menyertainya dengan amalan-amalan ibadah dan ketaatan kepada Allah, demi meningkatkan darjat yang tinggi di sisi Allah swt.
Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya memberitahu tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat derajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah.
Rasulullah saw bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani)

Sabdanya juga, "Bahwasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya.
Kemudian, berkeliaranlah ia kekanan dan kekiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (artinya kalau benar ia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Dawud)

19 FEB 2005
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 8:05 PM
Friday, February 18, 2005
Surah Al –Ashr 
Surah Al –Ashr
(MASA)

Isi utama :Semua manusia berada dalam keadaan kerugian (dalam
pandangan Allah ) kerana tidak mengisi masa dengan
perbuatan yang boleh meningkatkan imannya dan boleh
yang boleh ditakrifkan sebangai amalan soleh.

Pengajaran Ayat:
Masa adalah sesuatu yang penting bagi seseorang muslim dalam mencari kebahagiaan dunia dan akhirat.
Perancangan yang rapi adalah perlu ,supaya masa dapat diisi dengan sebaik mungkin.
Terdapat 3 jenis golongan yang tidak rugi:
Golongan yang beriman
Golongan yang berbuat kebajikan
Golongan yang menjalankan dakwah
# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 1:30 AM
Saturday, February 05, 2005
2 JAN 2005

Sifat – sifat akhlak seorang muslim

Dalam diri manusia ada dua perkara iaitu tipu daya dan rayuan. Dua hal ini seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika berada di padang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka,bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

Di antara wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali r.a, ertinya :

“ Wahai Ali! Bahawasanya seseorang akan sampai dengan akhlaknya yang baik kepada tahap orang yang berpuasa siang hari,yang bangun di tengah malam dan perang sabilillah.”

“ Jika kamu berbuat baik bererti berbuat baik terhadap dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat bererti kamu berbuat jahat terhadap dirimu sendiri pula….”

Al Isra’ :7

Ciri-ciri akhlak yang perlu ada untuk menghiasi peribadi seseorang muslim antaranya :

6. Bersifat benar dan jujur
Firman Allah dalam surah al Ahzaab,ayat 23 :

Di antara orang-orang yang breiman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah ( untuk berjuang membela Islam ); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu ( lalu gugur syahid ),dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.

Rasulullah S.A.W juga pernah berpesan kepada Saidina Ali supaya menjaga lima perkara.

Ertinya :
“Wahai Ali! Lazimlah dirimu berkata benar,memelihara kata-kata dan amanah,bermurah hati dan bersih perut daripada yang haram.”

Bersifat benar dan jujur bererti tidak berdusta. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.Sifat dusta sebenarnya meruntuhkan jiwa dan membawa kepada kehinaan peribadi insan. Pesan Rasulullah S.A.W lahi kepada Saidina Ali yang bermaksud :

“ Wahai Al! Berkata benarlah!Meskipun benar itu membahayakan engkau sekarang,sesungguhnya itu akan menguntungkan engkau pada masa akan dating. Dan janganlah engkau berdusta! Meskipun dusta itu menguntungkan engkau sekarang,sesungguhnya ia akan membahayakan engkau pada masa akan datang.”

7. Bersifat rendah diri
Rasulullah S.A.W bersabda :

“Merendah diri itu tidak menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketinggian,maka hendaklah kamu merendah diri,moga-moga Allah akan meninggalkan darjatmu.

Daripada hadis ini,dapat difahami bahawa tabiat seseorang yang suka merendah diri akan menambah dan meninggikan lagi darjat kemuliannya.

Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman :

“Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendang Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti aku akan menyeksanya.”
Hadis Qudsi Riwayat Muslim

8. Menjauhi buruk sangka dan mengumpat
Sebagai seorang muslim kita disuruh bersangka baik dalam semua perkara. Hal ini kerana buruk sangka merupakan sumber fitnah. Hasan Al Banna pernah berpesan,”Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi* untuk menghapuskan kemungkaran* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9. Bersifat pemurah
Seorang muslim mestilah sanggup berkorban jiwa dan hartanya ke jalan Allah S.W.T. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan ialah dengan menyuruh seseorang membelanjakan wang ringgit kepada yang memerlukan. Berapa ramai orang yang berkedudukan melakukannya. Ramai antara golongan berpangkat tercicir dari jalan ini. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a :

“ Wahai Ali! Bagi orang yang murah hati ada tiga tanda : Memberi maaf kepada orang yang bersalah pada ketika berkuasa membalas kesalahannya itu,mengeluarkan zakat dan suka bersedekah.”
10. Qudwah Hasanah
Seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan kepada orang lain. Segala tingkah laku seseorang merupakan gambaran kepada prinsip – prinsip Islam seperti cara berpakaian dan pertuturan.












….peliharalah akhlakmu…..kerana ia KEHIDUPANMU…peliharalah agama kerana ia adalah NYAWAMU..peliharalah budi pekertimu kerana ia adalah LUKISAN HIDUPMU….peliharalah amalanmu…kerana ia adalah PAKAIAN UKHRAWIMU….peliharalah lisanmu…kerana ia adalah HATIMU…yang menetukan baik buruk DIRIMU.

2/1/01










# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 4:04 PM
Thursday, December 02, 2004
Keistimewaan Surah Al-Fatihah  
· Paling Besar (A’zham)
· Tak ada samanya dalam Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran
Surah Al-fatihah tidak pernah diturunkan di dalam Al-Quran,Taurat, Injil, dan Zabur. Diriwayatkan dari Ali bin Abu Talib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata;
“siapa yang membaca al-Fatihah, makan seakan-akan dia telah membaca taurat, Injil, Zabur dan al-Quran”
· Hanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. diturunkan
· Langsung mendapat jawapan dari Allah
· Aman dari segala bahaya
Diirwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a.: berkata Rasulullah s.a.w.:
“bila engkau membaca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut”
· Langsung dari Arasy
· Sebagai ubat
Imam Ibnul Qayyim al-Jawzi berpendapat bahawa al-Quran dan khususnya al-Fatihah dapat menyembuhkan penyakit jasmani dan rohani.

Nama-Nama Surah Al-Fatihah

· Al-Fatihah atau Fatihatul-Kitab
Bermaksud pembuka atau pembuka kitab. Dan nama ini terdapat di dalam banyak hadis sebagai yang sudah kita sebutkan sebelum ini.
· Ummul-Kitab
Bermaksud Induk kitab. Bererti al- Fatihah mengandungi semua persoalan yang terdapat di dalam al-Quran, iaitu ketuhanan, alam, akhirat, ibadat, dan sejarah-sejarah.
· Ummul- Quran
Bererti induk Quran. Bermaksud al-Fatihah ini isinya dianggap sebagai keringkasan dari isi seluruh al-Quran.

· Al-Quran Al-Azhim
Ertinya bacaan agung. Bermakna isi al-Fatihah ini semuanya mengenai masalah-masalah yang amat besar dan agung.
· As-Sab’ul Matsany
Bermaksud tujuh yang berulang-ulang. Bererti al-Fatihah terdiri daripada 7 ayat, dan dikatakan berulang-ulang kerana memang ayat-ayatnya dibaca berulang-ulang, baik di dalam ayat-ayat al-Quran lainnya atau dalam soalt atau di luar solat.
· Al-Wafiah
Bererti mencakup. Kerana isinya mencakup seluruh isi al-Quran dan meliputi keterangan-keterangan tentang tuhan dan keterangan tentang manusia.
· Al-Waqiah
Bererti Tameng (menjaga). Al-fatihah ini dapat menjaga orang-orang yan membacanya daripada pelbagai bahaya dan penyakit.
· Al-Kanzu
Bererti perbendaharaan atau tempat yang penuh dengan barang-barang yang berharga.
Rasulullah berkata: “Allah berkata bahawa al-Fatihah adalah satu perbendaharaan dari perbendaharaan ArasyKu”.
· Al-Kafiah
Bererti memadai. Kerana al-Fatuaha mencakupi semua ayat-ayat dalam al-Quran, dan ayat-ayat lain tidak mencakup akan isi al-Fatihah ini.
· Al-Asas
Bererti sendi atau dasar. Dinamkan oleh Sufyan bin Uyainah, kerana dia dianggap sebagai dasar dari al-Quran dan ayat Bismillahir-Rahmaanir-Rahim dianggapnya sebagai dasar dari al-Fatihah.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 5:50 PM
Thursday, August 05, 2004
Surah Al Kahfi 27-31 
PETUNJUK-PETUNJUK TENTANG DAKWAH:
TEGURAN KEPADA NABI AGAR JANGAN MEMENTINGKAN ORANG-ORANG TERKEMUKA SAHAJA DALAM BERDAKWAH


Aku berlindung dengan Allah dari gangguan syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Maksud Surah Al-Kahfi (Ayat 27-31)

27. Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari Kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

28. Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

29. Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

30. Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha membaiki amalnya.

31. Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

Ayat 28:

Asbabun nuzul:
Menurut sebuah Hadis Sahih yang dirawikan oleh Muslim, diterima dengan sanadnya dari Sa’ad bin Abu Waqqash. Beliau ini bercerita: “Kami duduk bersama-sama Nabi s.a.w. enam orang. Sedang kami duduk dengan asyik di keliling Nabi, datanglah orang-orang musyrik itu dan berkata kepada Nabi s.a.w.: “Minta supaya orang-orang itu disuruh keluar, kerana kami tidak pantas sekedudukan dengan mereka.” Kami yang duduk keliling Nabi waktu itu ialah aku sendiri (kata Sa’ad) dan Abdullah bin Mas’ud, seorang teman dari persekutuan Hudzail dan Bilal, dan berdua lagi yang aku lupa namanya. Usul-usul mereka itu nyaris diterima beliau. Tiba-tiba datanglah ayat ini, supaya beliau tetap sabar menghadapi kami dan jangan sampai berpaling mata beliau dari kami, kerana mengharapkan perhiasan dunia.”



Hadis Qudsi


Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:
Maksudnya:
“.....Wahai Musa! Tiadalah Aku dorongkan para fakir dan miskin kepada kaum yang kaya raya, disebabkan perbendaharaanKu telah sempit untuk memberi mereka, ataupun rahmatKu sudah tidak dapat menjangkau mereka. Akan tetapi telah Kutentukan di dalam harta kekayaan orang itu bahagian-bahagian untuk mencukupi kaum fakir miskin. Aku ingin menguji kaum yang kaya itu, bagaiman kesediaan mereka untuk menunaikan hak-hak fakir-miskin di dalam harta kekayaan mereka.

“Wahai Musa! Kiranya kaum yang kaya melaksanakan perintahKu itu, nescaya Kusempurnakan nikmatKu ke atas mereka, dan Kugandakan pula ganjaran bagi mereka di dunia, tiap-tiap satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda kebaikan yang sama.

“Wahai Musa! Jadikanlah diri kamu tempat permohonan si fakir miskin, dan benteng yang melindungi si lemah, dan penolong bagi orang yang meminta perlindungan, nescaya Aku akan menjadi Temanmu di dalam kesempitan, Penghiburmu di dalam kesepian, dan Aku akan sentiasa memeliharamu di waktu malam dan siang.”

(Riwayat Ibnun Najjar)

Dalam soal jawab ketiga yang ditujukan kepada Musa a.s. Dia telah menyuruhnya supaya selalu bersedia untuk membantu kaum fakir-miskin, melindungi si lemah, dan segera menyahut orang yang memohon bantuan. Orang-orang ini memang perlu ditolong, malah Allah s.w.t menganjurkan supaya kita memberikan sepenuh perhatian kepada mereka ini, agar masalah mereka dapat diatasi.

Segala bakti yang dilaksanakan , seperti membantu orang lain, mengurangi penanggungannya, meringankan penderitaannya, melepaskannya dari kesempitan, pendek kata apa saja kebaikan yang kita laksanakan akan mendapat balasan daripada Allah s.w.t.

Di samping pahala dan ganjaran yang telah dijanjikan Tuhan itu, ada lagi balasan istimewa yang lain, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Hadis Qudsi di atas, iaitu kepada orang yang membantu fakir miskin, Allah menawarkan ZatNya untuk menjadi Temannya di dalam kesempitan. Dan kepada orang yang membentengi orang yang lemah, Allah berjanji akan menjadi Penghiburnya di dalam masa kesepian, seterusnya kepada orang yang suka menolong orang yang meminta pertolongan daripadanya, Allah akan memeliharanya pada waktu malam dan siang. Alangkah bahagianya orang-orang ini, jika dia benar dalam kebaktiannya terhadap manusia dan kemanusiaan, tiada balasan yang lebih berguna dari balasan-balasan yang telah disebutkan tadi.

Itulah keuntungan yang patut dikejar, tetapi tidak mudah dikenal orang. Hanya hamba-hambaNya yang tertentu sahaja yang didorong untuk mengenal pasti keuntungan ini. Itulah keutamaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang diinginiNya, dan Allah mempunyai keutamaan-keutamaan yang besar.

Mudah-mudahan kita akan memberikan perhatian kepada maksud Hadis ini, dan mendorong diri kita untuk mengambil pelajaran dan pengajaran dari petunjuknya, sehingga kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mendengar, lalu menuruti mana yang baik dari pengajaran dan petunjuknya, Insya Allah. Amin!


“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong agama Allah...”
(As-Saff: 14)





Rujukan:

Tafsir Al-Azhar

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Syed Ahmad Semait. 2001. Hadis Qudsi: Analisa dan Komentar, Pustaka Islamiyah PTE LTD, Sing



-Wahyu Manaf-


# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 7:51 PM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • December 2004
  • February 2005
  • March 2005
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon